CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 15, 2009

Pengalaman untuk aktiviti orienteering

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.


Masa final camp 14 ogos-19 ogos di pulau kapas sekali lagi aku mempraktikkan orienteering.Walaupun checkpoint-checkpoint di beri tak sebanyak mana tapi itu dah membuat aku kelamkabut sikit..hu...nak cepat habis..alhamdulilah dapat juga selesaikan bersama-sama team.

orienteering mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..



Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.




JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :

1. Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

2. Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

3. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

4. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

5. Orienteering Malam (Night Orienteering)

6. Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

7. Norwegian Event







Kebaikan sukan orienteering

1. Sukan untuk semua

2. Meningkatkan kecergasan fizikal

3. Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan

4. Memberi cabaran & keseronokan

5. Membina sikap positif & keyakinan diri

6. Menggunakan persekitaran yang sihat

7. Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas

8. Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas







TERMINOLOGI DAN ALATAN

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:



1. Titik kawalan (Control point)

Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.

Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.







2. Penanda kawalan (Control marker)

Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.

Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).

Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.





3. Kad kawalan (Control card)

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.

Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.



4. Peta utama (Master map)

Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.

Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

Keterangan kawalan (Control description)

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.





5. Landasan (Course)

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.

Tanda yang berkenaan landasan adalah

Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.

Titik kawalan dengan tanda bulatan.

Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.

Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan







6. Kompas (Compass)

Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.

Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.



7. PENGETAHUAN ASAS

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:

Teknik membaca peta

Teknik membaca kompas

Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling







Teknik Membaca PetaTopo

Definisi
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.



Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.

0 comments: