CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 1, 2009

17 OGOS 2009 ( ISNIN ) HARI KE-3-SURVIVOR

Pada lebih kurang jam 1630 hrs kami berkumpul mengikut kumpulan.aku,kak ina, wan dan kak liza pun beraturlah mendengar taklimat oleh fasi’ yang handle program ini iaitu CIK ‘LM’@yazilah aku gelarkan dia macam tu sebab dia manis dan pandai nyayi lagu LEMAK MANIS ..Ala amboi-amboi” he2 jangan marah ar..so dia beritahu peralatan-peralatan yang dibenarkan dibawa torchlight satu sahaja setiap kumpulan, satu beg dan sweater setiap seoang.Cik yazilah membekalkan setiap kumpulan dengan sebilah parang, 2 botol besar air mineral, sedikit beras, sebiji kentang, 2 biji telor dan 5 batang mancis untuk bekalan lalu fasi’ membawa kami ke dalam hutan dan meninggalkan kami di tempat-tempat yang tertentu.Tiba di tempat yang kami di tingalkan aku lihat bolehlah cuma banyak sampah sarap,botol-botol lama di situ..apalagi kami teruslah kemaskan tempat itu untuk keselesaan kami dan hari pun semakin gelap..selesai sahja mengemaskan apa yang patut kami mendirikan khemah mula-mula ingat macam nak buat bentuk tiga segi tapi menukar kepada bentuk ‘C’ kerana memikirkan tiada alas di tanah.Selepas berkhemah kami pun mencari kayu api untuk buat stok untuk kegunaan di waktu hari nanti.Kak ina prepare untuk makan malam kami dan kami menyalakan unggun api...hari malam pun bermulalah..Selepas sahaja makan malam aku dah terasa lain dah..nak tahu apa dah...rasa macam mengantok huk3..yelah perut pun dah terisi badan pun nak berehat sebentar.Rasa macam lain je bila berada di dalam hutan kerana mendengar bunyi-bunyian cengkerik..ranting-ranting yang gugur ke bumi dan macam-macam bunyilah lagi.Yelah selalu asik dengar bunyi hiruk-pikuk di Kuala Lumpur bunyi motosikal, orang bina banggunan sesekali macamni rasa amanlah juga..bisik hati kecilku.Ketika ini aku hanya teringatkan cakap Tuan 30 % dia kata ‘masa inilah kamu nak berehat’..huk3 apalagi aku pun tidurlah sementar unggun api masih besar lagi.Tidur-punya tidur apabila terjaga unggun api sudah kecil aku dan wan pun bingkas bangun dan meletakkan kayu api lagi..
Selepas itu kami pun sambunglah berehat..tiba-tiba aku terdengar bunyi ranting kayu dipijak tapi aku berangapan kayu ranting jatuh ke bumi so aku buat tak tahu jelah..Tapi yang ni memang real terpulang kat korang nak percaya atau tidak...baju PFD betul-betul tergantung atas kepala aku tapi kebelakang sedikit..’dia’ buat lagi...hati kecil aku berkata..wisel tu berbunyi seolah-olah macam diusik kekiri dan kekanan ‘TING..TING..TING..’..nak kata angin tiup tak mungkinlah pulak sebab tak terasa pun angin bertiup.Hati kecilku berbisik supaya menoleh ke tempat itu tetapi untuk melihat siapa yang melakukannya tetapi aku ‘malas’ nak lihat kerana aku takut ternampak yang tak sepatutnya lalu menganggu tidur aku..”Argh...biarkanlah janji dia tak usik aku “ bisik hatiku.Tetapi selepas itu macam-macam bunyi disekitar khemah.”’dia’ buat lagi...” dengar bunyi di belakang khemah kami seakan macam budak-budak tengah berlari di belakang khemah.Aku cuba untuk bertenang.Geram pun ada rasa macam nak tanya je “asal lah buat bising kat sini..aku ni nak tido..”Tetapi kehadiran 'pelawat' yang tidak diundang itu menjadi pengalaman dalam hidupku...yelah manalah pernah jumpa hantu hik3. Memulanya aku ingatkan en.hisyam atau fasi’ yang datang tapi fikir aku sempat berfikir lagi kalaulah fasi’ yang datang takkanlah mereka tak bersuluh ‘gelap tu’ nampak ke mereka nak berjalan.so aku macam tahu lah siapa pelawat yang datang jeng..jeng..jeng..Tipu ar kalau tak takut..aku gerakkan wan supaya bangun tapi takde respons tak tahulah wan tidur atau sengaja mengkakukan diri kerana turut sama mendengar bunyi-bunyian itu.Aku ingatkan semua ini mainan perasaan aku seorang rupa-rupanya kawan-kawanku juga turut merasai 'kehadiran' tetamu yang tidak diundang itu apabila ditanya keesokkan harinya. Aku diamkan diri je lalu membaca selawat, ayat kursi..dan lama kelamaan bunyi-bunyi itu hilang perlahan-lahan..alhamdulilah boleh sambung tidur hik3.Apa sahaja yang berlaku adalah pengalaman dan ‘benda’ itu tak mengusik kami dan kami pun tak mengusik dia,’dia’ juga makhluk TUHAN mungkin nak berkenalan dengan kami kot sebab kami menumpang tidur disitu..hik3.Aku bersyukur kepada Tuhan kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap aku and the geng.”(Apa-apapun yang penting dalam aktiviti ini memerlukan keberanian, ilmu dalam kehidupan di dalam hutan dan bagaimana cara kita menyesuaikan diri jika berada dalam keadaan serba kekurangan, sentiasa mengingati ‘TUHAN’ kerana dialah yang berkuasa di atas setiap-tiap kejadian dan “apa yang penting??..... ‘KERJASAMA’ )“ hik3..


!!!SURVIVOR KAPAS ISLAND!!!

1 comments:

hisyamchemat said...

[...’dia’ juga makhluk TUHAN mungkin nak berkenalan dengan kami kot sebab kami menumpang tidur disitu...]

Saya ada cerita menarik untuk dikongsi. Tentang perkenalan.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...