CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 6, 2009

Saman

Saman secara automatik



Sebanyak 831 lokasi hitam di seluruh negara akan dipasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata melalui sistem itu, pihak berkuasa akan memasang secara tetap kamera berfungsi automatik di lokasi kerap berlaku kemalangan.

Menurutnya, pelaksanaan sistem itu menyebabkan pesalah lalu lintas tidak boleh terlepas dikenakan saman berikutan ia memaparkan maklumat lengkap termasuk gambar pemandu dan penumpang kenderaan melakukan kesalahan, selain lokasi, masa dan nombor pendaftaran kenderaan.

“Sistem itu berupaya mengesan dan merakam kenderaan melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong di sebelah kiri, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, kenderaan melebihi muatan dan mengekori terlalu rapat.


“Maklumat kesalahan akan dihantar secara terus (online) ke pusat kawalan untuk mengenal pasti pemandu atau pemilik kenderaan berdasarkan maklumat terdapat di pangkalan data JPJ.


“Sistem akan mengeluarkan saman secara automatik untuk dihantar melalui pos kepada orang kena saman (OKS),” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan.

Solah berkata, sistem itu akan menggantikan sistem kamera manual sedia ada ketika ini yang jauh lebih baik memandangkan ia beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun tanpa mengira keadaan cuaca serta merekodkan semua kesalahan walaupun dilakukan pihak berkuasa sendiri.

Beliau berkata, maklumat itu juga boleh digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan mahkamah kerana ia mempunyai maklumat lengkap.

Katanya, selain berfungsi mengesan pesalah lalu lintas, sistem itu juga boleh mengesan penjenayah yang cuba melarikan diri daripada polis.

Solah berkata, pihaknya melakukan ujian di Lebuhraya Guthrie dan di Putrajaya untuk mengetahui kecekapan sistem itu berfungsi, dan ketika ini pihaknya sedang menunggu keputusan Kabinet untuk melaksanakan sistem itu secara menyeluruh.




Tiga sebab utama kemalangan maut

KUALA LUMPUR: Memandu melebihi had laju, cuaca tidak menentu dan pemandu mengantuk adalah tiga punca utama yang mengakibatkan kemalangan maut pada musim perayaan kali ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh, (gambar) berkata ini adalah sebab utama kemalangan maut yang dikenal pasti menerusi Ops Sikap ke-20 sejak 13 September lalu dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya sempena Aidilfitri.

“Ada kemalangan maut yang direkodkan membabitkan pemandu mengantuk tidak cukup rehat, ada pula yang memecut tanpa menghiraukan had laju yang dibenarkan lebih-lebih lagi pada musim hujan pada waktu ini yang kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai menyebabkan mereka tidak sempat menekan brek,” katanya selepas mengedarkan topi keledar kepada pengguna motosikal di Plaza Tol Sungai Besi di sini, semalam.

Suret berkata, sejak operasi itu bermula pada 13 September lalu, purata kemalangan maut setiap hari adalah 17.5 orang berdasarkan sehingga hari ini seramai 210 orang telah maut dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, walaupun Ops Sikap kali ini mencatatkan jumlah kemalangan maut paling tinggi sejak dilancarkan pada 2001, jumlah itu masih rendah berbanding kadar harian sebanyak 18 orang setiap hari pada hari biasa, dan sebelum Ops Sikap dilancarkan pada 2001 di mana purata kematian pada musim perayaan adalah 23 orang setiap hari.

Suret berkata Kementerian Pengangkutan dan JKJR menggariskan enam Petua Emas Keselamatan Jalan Raya untuk penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu kereta pada musim perayaan dan jika pengguna jalan raya mengamalkannya, mereka pasti selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Petua Emas Keselamatan Jalan Raya bagi pemandu kereta antaranya:

l Rancang perjalanan terlebih dahulu. Jika mengantuk, tangguhkan perjalanan.

Pastikan keadaan tayar, brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.

l Pakai tali pinggang keledar tempat duduk depan dan belakang.

l Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

l Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar

lorong.

l Berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

l Beri keutamaan kepada pejalan kaki.

*tak sempat nak post,sebenarnya nak post time hari raya ritu..tapi sibukkan nak wat caner..*

1 comments:

apaiA4 said...

Bro..
Bila pulak jadi PR JPJ ni...
Apa pun wa respect la coz boleh jadi PR Datuk Solah JPJ...
Good Luck for the Final Exam, Wish U and te E-PJJ Group all the best.